Terkini
Sultan Ahmad Shah bertanyakan sesuatu kepada seorang kakitangan JPJ Pahang ketika melawat Kompleks JPJ Pahang yang baru di Indera Mahkota, Kuantan, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali KUANTAN 29 Mac - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Indera Mahkota, di sini hari ini. Kompleks baru di atas tanah seluas 8.5 hektar yang dibina dengan kos sebanyak RM34.8 juta itu bertujuan memberi kemudahan serta keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan dengan JPJ. Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan. Sultan Ahmad Shah bertitah, kakitangan JPJ perlu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang mahu mendapatkan perkhidmatan di kompleks tersebut. - Sumber Utusan online Raja & Rakyat Berpisah Tiada
Jambatan gantung siap 10 hari
KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah memberi jaminan pembinaan jambatan gantung yang akan menjadi laluan alternatif kepada kira-kira 200 penduduk Kampung Kawah, Sungai Lembing yang sering terputus hubungan setiap kali musim tengkujuh, akan siap dalam tempoh 10 hari lagi. Sultan Ahmad Shah bertitah, kerja pembinaan jambatan gantung merentangi Sungai Kenau itu sedang giat dilaksanakan dan boleh disiapkan dalam tempoh berkenaan.
Titahnya, jambatan gantung itu akan menjadi laluan alternatif kepada penduduk di kampung terbabit yang ingin berurusan di bandar berdekatan, sekali gus dapat menangani masalah terputus hubungan jika jambatan kayu sedia ada roboh dirempuh sisa kayu dihanyutkan arus deras. "Saya dimaklumkan, jambatan kayu yang menjadi laluan utama penduduk sering roboh dirempuh arus sungai yang deras dan kejadian ini mengakibatkan penduduk di kampung itu mengalami kesukaran meneruskan aktiviti harian dan menjejaskan ekonomi mereka," titahnya dalam sidang media selepas mendengar taklimat banjir di Wisma Sri Pahang di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail. |
|||||

